26 Ogos 2010

memoir zaman kanak2 ku

Bile aku duk termenung bersendiri di temani alunan2 muzik kegemaran ku..aku mula terkenangkan zaman kecil ku, dimana banyak kisah suka dan duka untuk mengimbau kembali zaman 2...kekadang aku tersengih keseorangan mengimbau kembali apa yng terjadi dan kekadang aku sayu dengan menda yng telah ku lalui..so pada malam ini dan di kesempatan ini aku nak coretkan dan mengimbau kembali zaman kanak2 aku yang tidak seperti kanak2 lain....

Emmmm..tanggal 23 mac tahun 86' aku di lahirkan di dunia ini dan mase 2 aku xkenal dgn dunia ni sbb kecik ag kan biase la...tapi aku ada terdengar makcik2 aku menceritakan di zaman aku dan abangku, orang lain yng mengasuh...bila umur aku memasuki umur 5 tahun aku mula kenal dunia 2 macam mane tapi kenal pon di zaman kanak2 camne sgt..tapi aku xlupa rakan sepermainan semasa usiaku itu...aku ada seorang kawan pompuan yg merupakan jiran la jugak..family dia sporting kire dia la teman sepermainan ku dulu2...dan masa 2la keluarga aku porak peranda..keluarga aku bukan sempurna macam orang lain dimana bahagia bersama family tercinta...so dan mase 2 la banyak onak2 duri di lalui adik beradik ku..so bile aku di zaman tadika nak dijadikan citer aku ni jenis yng malas nk g sekolah bile pagi macam2 alasan, tapi ada 1 kali aku pergi tadika di temani my mom..so bile my mom balik aku mula la mengamuk dan mencari mak aku...huhuhu..malu sggh budak2 len sume nk belajar aku jer yg mengamuk x tentu pasal huuuuu..tapi bile terkenangkan rase lucu 2 ade dalam sanubari ku cewaaaahhh ayat....so lepas pade 2 aku berpindah ke kelantan dimana tempat aku di lahirkan dan di c2 la bermula kehidupan aku yng benar2 mencabar selaku seorang kanak2 yng xpernah kenal erti apa itu kasih sayang seorang ibu...

Bile aku memasuki usia 7 tahun aku belajar di sek rendah keb ismail 3 di situ la first time aku bercakap kelantan tapi aku ni xberapa pandai nak bercakap kelantan time 2 sbb aku di besarkan di kuala lumpur, so susah sikit bagi aku nak memulakan pembicaraan dengan rakan2 ku...tapi time 2 jugak la ayah aku sambung stdy d UUM dan kadangkala klu dia cuti sem mesti dia balik temankan aku di sekolah biasela "bapak borek anak rintik"...so mase 2 jugak la telah berlaku sekali ag pergolakan keluarga selepas rujuk cerai rujuk cerai ayah aku x sehaluan dgn mak aku...so masing2 bawa haluan sendiri..ayah aku cuma berpesan padaku dan adik beradik supaya tunggu la dia habis bljr dan bekerja baru dia akan ambik adik2 aku duduk dgn dia" aku respek ayah aku sebab dia lebih tumpu dan sygkan anak2 dpd mak aku....so lepas pada 2 aku jadi muram biase la keluarga yng sebelum ni xtau cane dan terjadi buat kali kedua dan untuk selama2 nya...

So bile melangkaui usia 8 tahun aku macam kanak2 lain la dimana aku dulu ada jugak rakan sepermainan di kelantan iaitu sepupu pompuan aku...so kami xbercampur dgn orang kg kawasan sekitar kami..pas2 tup tup timbul lak pasal perselisihan faham kali ini lebih teruk di mana kami adik beradik tak boleh hidup tanpa ayah...
so semasa ayah aku yng tgh belajar di kampus balik ke kelantan dan mengambil kami adik beradik tinggal bersama atuk aku di pasir putih kelantan...so aku bermula sekolah di sek rendah kebangsaan kamil di mana masa 2 adik bongsu aku baru nak memasuki alam persekolahan hidup kami tanpa ibu, tabah menghadapi ujian dari Nya...bile ayah aku pergi ke universiti ayah aku berpesan supaya jagalah adik2 jangan gaduh2 dgr cakap atuk aku...so lepas 2 bermula kehidupan kami 3 beradik yng tidak mempunyai ibu...kami pergi, balik dan bermain bersama...so di situ jugakla aku berkawan rapat dengan budak2 kampung...bermain bersama mereka untuk menghilangkan perasaan aku yng tidak mempunyai kasih sayang seorang ibu...aku ade teringatkan klu bile time aku balik kampung di mana klu aku terpandang tempat permainan ku di zaman kanak2 mesti aku tersengih seorang diri sebab di c2 la aku bermain dan membesar...

Dan pada itu jugak tanpa pengetahuan ayah aku...mak aku kembali kepada kami merayu kepada adik2 aku supaya duduk dgn dia tapi 2 hanyalah pujuk rayu dan sandiwara...so aku berat hati sebenarnya nak tinggal bersama ibu aku tapi apakan daya aku berserah jugak,  lagipun aku memikirkan banyak benda yang akan terjadi...daa la time 2 ayah aku xtau tentang mak aku ni...emmmm...so aku dan adik beradik pon balik ke pangkuan mak aku...kehidupan baru kami bermula di kota bharu...so mak aku menyekolahkan kami di sekolah rendah keb kamil 1...dan di awal 2 mak aku berjanji xnak melakukan kesilapan membesar adik2 ku tapi janji tinggal janji...emmmm..so masa 2 aku ni jenis x berapa suka sangat cara ibu aku..setiap apa perasaan dia yng moody dia akan lepaskan kat aku n adik aku...abg aku time 2 adalah anak harapan dan kesayangan dia so aku dan adik aku sangat cemburu...kami selalu bersama bila ibu aku memberi kasi sayang sepenuhnya kat abang aku..aku dan adik ku hanyalah mampu berdiam diri...so pada 1 hari aku dan adik ku dimarahi oleh mak aku...di sebabkan adik aku bergaduh dengan sepupu ku...biase la zaman kanak2 time 2 bukan tau sgt...emmmm...dan mak aku selalu beking sepupu aku...adik aku di marahi aku gak yng beking adik aku, sbb aku sebagai abang tak sanggup lihat adik sendiri di hina, di caci...so aku la yang banyak menenangkan adik aku dan aku jugak lah yang banyak membantu dan memback up adik aku klu di marahi mak aku...aku mampu lalui keseorangan kerna xsanggup melihat adik aku di marahi, aku sanggup menjadi orang yng dimana tempat ibuku meluahkan perasaan marah...dan aku sanggup menjadi mangsa mak aku sehingga aku membenci ibu ku sendiri...

Bile ayah aku balik bercuti di kampung...mesti ayah aku wajib mengambil kami 3 beradik duduk menyewa di hotel murah..dan di mana kami adik beradik pernah beraya di hotel untuk ke 2 kali kerna konflik di antara ayah aku dan keluarga dia..mybe mungkin masa 2 banyak konflik permasalahan keluarga aku..biasela hidup susah...ayah aku jenis yng tidak pernah kenal erti penat lelah untuk melayan kerenah kami 3 beradik...ayah aku jugak la yng memberi kasih sayang hingga kami tidak dapat berpisah dgn ayahku dimana ayah aku la tempat aku meluahkan isihati aku selama ni...tapi ayah aku tidak boleh berbuat apa2 di masa 2 sebab dia bukan di alam perkerjaan so ayah aku berpesan kepada atuk aku supaya tengok2 kan la kami adik beradik...dan ayah aku jugak selalu berpesan tabahkan hati sebab kami bukan seperti keluaga lain yg hidup bhgia...bile ayah aku berangkat ke kedah aku di pulangkan kembali pada mak aku...so seperti biasala hidup aku penuh dengan hinaan, cacian oleh mak sendiri..sehingga atuk aku kesian sanggup membawa kami adik beradik klu tiap2 minggu cuti sekolah balik ke kampung...aku respek atuk aku kerna selepas ayah aku atuk aku la yng memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang pada adik2 aku...dan aku kekadang termenung sendiri mengingat peristiwa 2 atiku sebak hanya mampu berdoa....so time 2 la mak aku mulai membenci atuk aku dan keluarganya kerana mencampuri urusan ibu aku membesarkan kami...so aku memang respek walaupun ibu ku memberi amaran atuk aku tetap teguh berdiri di belakang kami dan tidak gentar dengan amaran 2...so kami terhimpit dengan permasalahan ini...

Dan lepas kejadian itu atuk aku membawa adik2 ku tinggal bersama mereka sampaikan ibu aku menghilangkan diri entah kemana...atuk aku la yng menyekolahkan kami sekali lagi di sek rendh keb kamil 1 dan aku mula hidup dengan kesepian dan mula menjauhkan diri dengan rakan2 dan selalu menyembunyikan perasaan sedih di kala sunyi...dan makcik2 aku la yng selalu mendengar luahan isihati adik2 aku...so pada di pendekkan citer ayah aku memperolehi segulung ijazah dan ayah aku berjanji akan membawa kami berpindah ke tempat lain dimana di situ la tempat yang kami mulakan hidup baru tanpa ibu...so bermula di kuatan la ayah aku menyekolahkan kami di sek red keb cenderawasih..masa 2 ayah aku la ibu dan ayah untuk membanting tulang untuk melihat kami membesar...dan time 2 la untuk sekalian lama aku xpernah berjumpa dengan mak aku...dan masa aku memasuki usia 11 tahun ayah aku berkahwin dgn ibu tiri ku dan masa di kuantan ibu tiri aku la yng banyak membantu ayah aku membesarkan kami adik beradik tapi bagi aku mempunyai ibu x mempunyai cam xbermakna..sbb perit getir hanya kami sekeluarga yng tahu sehingga skang adik2 aku dan ayah aku merahsiakan perkara di sebalik2 liku perjalanan hidup apa yng terjadi hanya tapi ibu tiri ku hanya paham cam mane pergolakan 2 stop c2 je....

Seingat aku mase form 2 bile aku balik bercuti di kampung ke rumah atuk dan nenek aku di pasir puteh...aku ingat lagi dimana 10hari terakhir ramadhan di mana makcik aku menziarahi atuk aku...kebetulan aku ada di situ atiku mula terdetik ni mesti makcik aku nak sound aku pasal kejadian2 sebelum ni sampaikan mak aku pergi hilang entah ke mana...tapi jangkaan aku tidak sama sekali betul...makcik aku menerpa aku dan menangis meminta maaf apa yang telah berlaku selama ni kerana ibu kandung aku banyak menyusahkan kami dahulu sehingga makcik aku merayu aku pergi jumpe dengan ibu aku kerana ibu aku menginsafi perbuatannya dulu...aku x dapat menahan sebak dan aku terkedu wat seketika...2la first time makcik aku berlutut dekat kaki ku suruh aku berjumpe dengan mak aku..aku cuma mengiyakan jer sebab pintu hatiku belum terbuka untuk berjumpa dgn mak aku sbb bnyak peristiwa mak aku lakukan kat aku sampai aku benci gile mak aku...
so pade 2 jugak la makcik aku bericte sambil menangis mengatakan mak aku selalu berdoa agar anak2 dia dapat berjumpe dan memaafkan dia...tapi abg dan adik aku jer yng berjumpe aku stay tdk berganjak dengan pedirian aku...sampai ayah, atuk, nenek, ibu tiri, makcik, pakcik dan adik beradik aku menasihati aku supaya berjumpe dgn ibu aku...tapi atiku mengatakan tidak sehingga aku membisu seribu kata...

Tapi bile aku memasuki tingakatan 4 aku di perangkap oleh pakcik aku..dia punya plan baik punya masa 2 aku balik kampung sbb time nak berayakan so pada hari haru terakhir ramadhan..aku follow pakcik aku masjid untuk terawih sesdh habis trawikh pakcik aku berkata jom kita g makan colek aku ikut jer la so tba2 dia berhenti di sebuah umah, memang umah 2 umah yng aku memang kenal skli so aku pon turun aku bertanya pada pakcik, pakcik aku mengatakan tadi kata nak ikut dia makan colek ni la tempat dia...so bile aku memasuki langkah kaki ku ke rumah 2 tiba2 mak aku menerpa aku dan mendakap aku lalu mencium sambil menangis teresak memohon maaf segala kesalahan dia...tapi buat seketika aku berlari pulang ke rumah atuk aku dan aku menangis...itula first time aku berjumpe balik dgn ibu aku dia sudah berubah dpd seorang yang bengis kepada berdakwah...tetapi selepas kejadian itu aku pon x jumpe dgn ibu aku sbb atiku hanya aku seorang je yang boleh rasa...dan bile aku meningkat remaja aku pon menjenguk jugak la ibu aku mungkin ini cara aku cuba mendekati ibu aku sehingga skang aku masih begini dan aku juga selalu berdoa agar pintu hatiku terbuka untuk cuba mendekati ibuku...dan dgn itu sajalah coretan aku..len kali aku coretkan lagi sambungannya....ikutilah kisah ku ini sebagai teladan kepada mereka di luar sana

*colek - makanan orang kelantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan