25 Ogos 2010

realiti, kehidupan & fantasi

Hmmmm..arini atiku mengeluh panjang sambil melayan lagu writing to reach you dari band travis ni...ape yng aku pk pon menemui jalan buntu...nak tdo mata pon xmau nak pejam...kadangkala aku memikirkan pasal kehidupan aku dan alam sekeliling...dan kadangkala jugak aku berangan klu time2 ni aku duk di atas batu di tepi pantai yang bertemankan suara2 ombak dan angin2 yang mendenyus kencang, sambil2 melayan perasaan 2 aku memetik gitar dan menyanyikan ikut alunan lagu band dari uk ni mesti masyuk woo...tapi apakan daya itu hanya angan2 ku...
buntu memikirkan kehidupan
 Tapi bila aku dengar lagu ni bermain berulang kali aku rase cam ade feeling2 lak...tah ape aku feeling kan pon aku xtau hanya atiku saja yng mampu memberi jawapan...tapi inilah lagak ku, inilah duniaku tidak pernah kenal erti kasih sayang huuuuu...masuk part menyentuh perasaan lak....dan bile lagu ni terngiang2 di telingaku terase atiku ini amat tersentuh..memang terbaek bait2 lirik dan alunan melodi buatan dari uk ni..

Bila atiku mula nak membicarakan tentang kehidupan ni aku xdapat nak bayangkan kehidupan di zaman aku yang penuh liku2 dan onak duri..sepanjang perjalanan hidupku itulah pahit yng paling banyak aku terkenang kan..so bile aku terdengar lagu ni jer rase feel 2 ade dalam jiwe ku...so dari cni aku nak coret2 kan kisah2 kehidupan aku di zaman aku yang tidak pernah mengenali erti kasih sayang seorang ibu...so bile aku terkenang peristiwa ni atiku mula sebak mengenang kan nasib yg telah terjadi sebelum ni tidak pade orang len..pade yng mempunyai kasih sayang seorang ibu kasih kan la mereka dengan sepenuh ati...tapi 2 sume propaganda bagi ku...bile mende2 macam ni bermain di fikiran ku..!!!
kenangan kami bersama ibuku :)
 Sebenarnya aku cemburu melihat orang len mempunyai belaian kasih syg seorang ibu tapi aku terhimpit dengan permasalahan keluarga dan menyebabkan keluarga aku porak peranda dan peristiwa ni berlaku mase aku tidak berapa nak mengenali dunia dan tdak tau yng mane betul dan yg mane salah..dan dengan itu ayah aku adalah segala2nya tempat untuk meluahkan perasaan...dari kecik sampai ke besar ayah aku banyak memberi perhatian kepada kami 3 beradik sehingga kami boleh merangkak sendiri...Ayah kau lah ibu dan kau la ayah yng tidak pernah kenal erti penat lelah untuk menyara kami...aku hargai jasa2 mu...walaupon aku tidak seperti orang len yg bahagia dgn keluarga tercinta...tapi kau tetap bersama kami ayah..!!!
ayah ku yng telah banyak mengorbankan penat lelah bersama kami
Bagiku dunia tidak adil ape yng telah terjadi padaku dan dari c2 la aku banyak menjauhkan diri dpd orang dan banyak menyembunyikan masalah aku dan aku lebih suka mendiamkan diri..sehingga skang aku suke menjadi pemerhati jarak jauh melihat kebahagiaan orang len...bila aku melihat kebahagian mereka atiku mula terdetik jika aku mempunyai keluarga sebegini mungkin aku tidak jadi seperti ini...kadangkala aku memikirkan apakah perjalanan hidupku seterusnya, adakah peristiwa ini akan berlaku dalam hidup ku wat kali kedua dan aku berdoa pada Mu semoga kau lindungi la keluarga aku daripada perkara2 sebegini...:((
dunia tidak adil
Bile aku menulis entry ini airmataku mencurah2 membasahi pipi, tapi aku bukan mat jiwang yang nak mengikut perasaan dan aku jugak mempunyai perasaan dari ciptaan Nya...aku jugak mempunyai ati dan naluri untuk menceritakan apa yng terbuku di dalam fikiran aku selama ini dimana tempat aku untuk meluahkan segala isihati sejak sekian lama...dan kadangkala aku mampu tersenyum jika mempunyai keluarga yang bahagia seperti mereka di luar sana...tapi itu mungkin aku kecapi di masa akan datang..dan dari itu ayah aku membuat satu pengumuman terhadap kami 3 beradik bahawa ayah aku nak berkahwin untuk menyelamatkan kami dari tidak mempunyai belaian ibu...dan pada tahun 1996 seingat aku ayah aku selamat di ijabkabulkan..tetapi banyak halangan dan perjalanan hidupku dengan ibu tiri ini tapi aku hargai dia sebagai ibu tapi perasaan ibu tiri ini tidak sama dengan perasaan ibu kandung....
ibu kandungku
Aku juga patut berterima kasih kepada ibu tiri ku kerana sanggup menjaga dan melayan kerenah kami 3 beradik, walaupun berstatus tiri aku xboleh membandingkan yang mane salah yang mane benar...tanpa dia mungkin kami 3 beradik tidak dapat merasai kasih sayang seorang yang bergelar ibu...walaupon kami sudah besar dan mempunyai pendirian masing2 kami tidak akan lupakan jasamu itu...dan aku mempunyai adik2 tiri yang kecik dan dari c2 ayah aku mengajar kami 3 beradik supaya belajar mengasihi mereka seperti adik2 kandung ku sendiri tapi aku tidak pernah membezakan status mereka...aku beranggapan adik2 tiri ku seperti adik kandungku yang lain...biarkanlah mereka menganggap kami sebagai abang2 tiri tapi aku sikit pon xtercalit perasaan itu..sebab ape yang aku lalui ini banyak memberi pengajaran dan teladan...
keluarga tiriku
Itulah perasaan aku...hanya aku yang boleh rasa sebab peristiwa di masa lalu banyak menceritakan pasal kehidupan aku yng bergelar seorang hamba kepada Nya...banyak ujian yang aku lalui sehingga aku berdiri teguh dan mampu mengabdikan segala luahan isihati dalam bentuk blog...aku ingin meminta maaf kepada kawan2 ku sekalian kerana banyak menyembunyikan isihati aku selama ini sebab aku bukan seorang yang meminta simpati korang dengan kisah aku..kalau aku luahkan kemungkinan korang tidak faham apa itu perasaan, naluri, disebabkan itulah banyak bermain di kotak fikiran aku pabila aku menceritakan pasal perjalanan hidupku..aku harap korang faham2 la perasaan aku dan aku harap kalau korang baca entry aku ni jangan la menjauhkan diri dari aku...aku cuma insan biasa saje yang nak melalui kehidupan sebagai manusia normal yang mempunyai perasaan dan naluri...k thanks sampai di situ saja coretan aku pada pagi ni...lain entry aku coret kan lagi...itulah duniaku sebelum ni...

p/s perasaan aku...hanya aku sorang yang boleh rasa....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan